kurangnya air mata kerana kerasnya hati,
kerasnya hati kerana banyaknya dosa,
banyaknya dosa kerana kurang mengingati mati,
kurang mengingati mati kerana panjang angan2,
panjang angan2 kerana cintakan dunia....
mengingati mati adalah penawar hati agar sentiasa mahu menyediakan diri mencari bekalan ntuk akhirat, menyegerakan taubat kerana fitrah kematian yg tidak pasti tarikh dan waktu kedatangannya dan melatih jiwa ntuk selalu mengingatkn tugasan kita sebagai hamba Allah didunia ini..drpd tsauban r.a bahwa Rasulullah bersabda yg bermaksud:
akan dtg suatu masa dlm waktu dkt, bangsa2(selain umat islam) bersatu dan mengalahkn kamu seumpama sekumpulan manusia berkerumun berebut2 akan hidangan mknn di sekitar mereka.sahabat bertanya: 'wahai Rasulullah, apakah kerana sedikitnya kita (umat Islam) pd waktu itu?'
Rasulullah menjawab : 'bukan, bahkan kamu pd waktu itu adlh golongan teramai (majoriti), tetapi kualiti kamu pd waktu itu bagaikan buih2 lautan yg di bawa oleh arus air. Allah tlh mencabut perasaan takut terhadap kamu dan Allah tlh mencampakkan perasaan "wahn" ke dlm hati kamu.'sahabat bertanya: 'wahai Rasulullah, apakah yg dimaksudkn "wahn" itu?'
Rasulullah menjawab: ' cintakn dunia dan takut mati.'
[Riwayat Bukhari dan Muslim]
manakala takut mati adalah penyakit hati akibat terlalu chintakan dunia dan tidak puas dgn kehidupan yg sementara ini..
ps ntuk diri: penawar segala penyakit hati adalah mengingati mati + berzikir + membaca quran + solat..bonusnya adlah ketenangan..